Tanah suci yang dirindui

Tanah suci yang dirindui
Tanah Suci Yang Dirindui - 2007

My Family Slideshow

My Family Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Saturday, April 7, 2012

KEMBALI KE MASJID UNTUK BELAJAR FARDHU AIN BUAT BEKALAN DI SANA

Hari ini 7 April 2012 aku kuatkan hati untuk melangkah ke Masjid jamek Annur untuk refresh ilmu agama iaitu fardhu ain. Dah lama hati ini berniat untuk ke kelas agama kerana kawan2 kata kelas agama di Masjid setiap hari Sabtu mulai jam 1.30 tengah hari. Walau pun banyak kerja di pejabat harus diselesaikan tetapi hati ku bertanya2 sampai bila mo habis. Lepas satu selesai satu lagi timbul dan sibuk memanjang akibatnya aku tertinggal jauh dengan kawan2. Tetapi aku kini nekad hari ini mesti pegi masjid. Awal2 lagi dah minta izin si liau dan maklumkan nak pi pejabat sebelah pagi nak buat kerja dan jam 1.30 tengah hari nak pi masjid. Si liau biasalah suami yang sporting, bab2 agama ini tak pernah lah dia halang.

Bila azan berkumandang saja di PC ku, terus saja ke bilik air untuk berwudhu dan selesaikan solat zohor. Si liau pulak bermurah hati dan membawakan bekal makanan tengah hari dan kami pun berkelahlah sekejap di tepi pantai untuk menjamah makanan yang dibawa - ikan goreng, ikan masak singgang dan nasi. Wou pandai pulak si liau masak ni sedapnya aku makan kerana lapar agakny. Lebih kurang jam 1.50 si liau pun menghantar aku ke Masjid. Kawan aku dah telepon mencari aku yang tak sampai2. Mujur bila sampai di Masjid ada kawan lain pun baru sampai. Syukur...adalah kawan aku. Bila sampai di pintu kami pun dipelawa masuk. Dah ramai kawan2 yang sampai. Aku duduklah saja mana kerusi yang kosong. Aku datang tempat ni pun kerana nak pegi belajar agama.

Lebih kurang 2 minit duduk Ustazah Solehah pun memulakan ceramah agama iaitu mengenai Syariat Islam.
Keindahan Islam itu semenjak manusia itu dilahirkan.

1. Apabila seorang anak dilahirkan sampaikanlah kalimah tauhid (Iqamah atau Azankan).
2. Tahniq - Mengunyah kurma hingga lumat dan masukkan ke dalam mulut anak itu atau sapu dengan madu dan niatlah yang baik2 untuk anak itu. (hikmahnya ialah untuk menguatkan otot2 di mulut anak itu). Atau serahkan kepada orang alim kerana doa mereka makbul. Kemudian berilah anak itu nama yang baik2. Latihlah cara hidup Islam kepada anak2 sedari kecil.
3. Aqiqah (sebelum anak itu baligh. Anak Perempuan 1 ekor kambing, anak lelaki 2 ekor kambing.
3. Didiklah anak itu mengenai kekeluargaan. Menghormati orang tua. Keredhaan Allah kerana keredhaan ibu bapa.
4. Kasih sayang kepada keluarga (makan berjemaah).
5. Menjaga kehormatan suami atau isteri. Haram menceritakan keaiban suami atau isteri kepada orang lain kecuali orang yang adil.
6. Pupuk hubungan dengan masyarakat. Menghormati jiran dan pandai menjaga hati orang lain.
7. Menutup aurat. (Bertudung tidak semestinya menutup aurat apabila memakai baju yang ketat, jarang dan Tshirt berlengan pendek).

Jam 3.20 kelas Fardhu ain tamat dan semua beredar ke tingkat atas Masjid untuk Solat Asar berjemaah.

Selesai solat asar sambung lagi kelas Mengaji. Ada lebih kurang 3 kumpulan. Kumpulan ngaji Alquran, Iqro, belajar solat. Aku memilih kumpulan ngaji QURAN lah sebab nak belajar tajwid. Syukur...aku masih ingat lagi hukum2 tajwid yang dah bertahun aku tinggalkan. Tak apalah tidak ada istilah terlewat untuk belajar agama nih. Bila2 masa saja kita boleh belajar sebab apabila kita berkumpul untuk menuntut ilmu agama dapatlah membersihkan hati kita. Insyaallah...minggu depan akan ada lagi hukum2 tajwid yang diperkenalkan.

Untuk hari ini hukum tajwid yang sempat kami belajar:

1. Qolkolah Qubra
2. Qolkolah Sugra
3. Idgham Wajibulgunna
4. Izhar Halqi
5. Ikhfa Hakiki
6. Iqlab
7. Idgham Billagunna
8. Idgham Maalgunna
9. Mat lin
10. Mat Asli
11. Mat Jais

Untuk home work Ustazah pesan agar memperbaiki bacaan Ayatul Kursi dan bacaan2 dalam solat. nanti ustazah akan soal seorang2.


No comments:

Post a Comment