Tanah suci yang dirindui

Tanah suci yang dirindui
Tanah Suci Yang Dirindui - 2007

My Family Slideshow

My Family Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Sunday, May 20, 2012

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Bersedialah kita menyambut bulan Rejab dengan doa yang lebih kurang begini

'YA ALLAH BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYAABAN DAN SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN'

Bulan Rejab adalah bulan ALLah
Bulan Syaaban adalah bulan ku (Sabda Nabi s.a.w) dan
Bulan Ramadhan adalah bulan Umatku.......

Banyakkanlah amal pada bulan2 ini kerana banyak hikmahnya..........

KELAS PENDIDIKAN WANITA BERTERUSAN

Tuesday, May 1, 2012

Minggu keempat ke Masjid berpeluang mendengar Forum bertajuk POLIGAMI: Bahagia atau Derita?

Minggu Ketiga aku belajar bab Haid & Nifas - 21 April 2012,

Minggu ketiga aku hadir Kelas Pendidikan Wanita Ustazah menerangkan tentang Haid & Nifas.

Tajwid pula kami diajar - Mad Asli dan Mad Liin.

Friday, April 20, 2012

SEJAHTERA AQIDAH MANTAPLAH IBADAH

HADIR KE MAJLIS-MAJLIS AGAMA SEPERTI KITA HADIR DI TAMAN-TAMAN SYURGA.

14/4/2012 minggu kedua aku hadir ke Masjid untuk mencari ilmu agama. Hari ini Ustazah ajar pula bab Aqidah.

SEJAHTERA AQIDAH MANTAPLAH IBADAH.

Untuk memelihara aqidah dan iman bacalah Surah AlBaqarah ayat 1-5,255,284- 286 dan 285. (Baca setiap hari lepas solat subuh dan asar).
Untuk mencapai iman bacalah surah Muhammad ayat 19.

1. Syahadah - ikrar dengan lidah, lahirkan dihati dan amalkan dengan anggota.
2. Yakinlah bahawa kemudaratan dan kebaikan semuanya dari ALLAH.(untuk mengelakkan kemudaratan amalkan bersedekah).
3. Mohon pertolongan ALLAH ketika kita senang (siang dan malam).
4. ALLAH pemberi rezeki (nikmat daripada ALLAH). Jika kita bersyukur ALLAH akan tambah lagi rezeki kita.
5. Tawakkal kepada ALLAH. (Berserah kepada ALLAH setelah kita berusaha).
6. Elakkan guna perkataan 'KALAU'.
7. Banyakkan Selawat (Malaikat juga berselawat kepada Nabi).
8. Memakmurkan Masjid.
9. Ketenangan hanya datang dari ALLAH.(Berdoa kepada ALLAH).


Saturday, April 7, 2012

KEMBALI KE MASJID UNTUK BELAJAR FARDHU AIN BUAT BEKALAN DI SANA

Hari ini 7 April 2012 aku kuatkan hati untuk melangkah ke Masjid jamek Annur untuk refresh ilmu agama iaitu fardhu ain. Dah lama hati ini berniat untuk ke kelas agama kerana kawan2 kata kelas agama di Masjid setiap hari Sabtu mulai jam 1.30 tengah hari. Walau pun banyak kerja di pejabat harus diselesaikan tetapi hati ku bertanya2 sampai bila mo habis. Lepas satu selesai satu lagi timbul dan sibuk memanjang akibatnya aku tertinggal jauh dengan kawan2. Tetapi aku kini nekad hari ini mesti pegi masjid. Awal2 lagi dah minta izin si liau dan maklumkan nak pi pejabat sebelah pagi nak buat kerja dan jam 1.30 tengah hari nak pi masjid. Si liau biasalah suami yang sporting, bab2 agama ini tak pernah lah dia halang.

Bila azan berkumandang saja di PC ku, terus saja ke bilik air untuk berwudhu dan selesaikan solat zohor. Si liau pulak bermurah hati dan membawakan bekal makanan tengah hari dan kami pun berkelahlah sekejap di tepi pantai untuk menjamah makanan yang dibawa - ikan goreng, ikan masak singgang dan nasi. Wou pandai pulak si liau masak ni sedapnya aku makan kerana lapar agakny. Lebih kurang jam 1.50 si liau pun menghantar aku ke Masjid. Kawan aku dah telepon mencari aku yang tak sampai2. Mujur bila sampai di Masjid ada kawan lain pun baru sampai. Syukur...adalah kawan aku. Bila sampai di pintu kami pun dipelawa masuk. Dah ramai kawan2 yang sampai. Aku duduklah saja mana kerusi yang kosong. Aku datang tempat ni pun kerana nak pegi belajar agama.

Lebih kurang 2 minit duduk Ustazah Solehah pun memulakan ceramah agama iaitu mengenai Syariat Islam.
Keindahan Islam itu semenjak manusia itu dilahirkan.

1. Apabila seorang anak dilahirkan sampaikanlah kalimah tauhid (Iqamah atau Azankan).
2. Tahniq - Mengunyah kurma hingga lumat dan masukkan ke dalam mulut anak itu atau sapu dengan madu dan niatlah yang baik2 untuk anak itu. (hikmahnya ialah untuk menguatkan otot2 di mulut anak itu). Atau serahkan kepada orang alim kerana doa mereka makbul. Kemudian berilah anak itu nama yang baik2. Latihlah cara hidup Islam kepada anak2 sedari kecil.
3. Aqiqah (sebelum anak itu baligh. Anak Perempuan 1 ekor kambing, anak lelaki 2 ekor kambing.
3. Didiklah anak itu mengenai kekeluargaan. Menghormati orang tua. Keredhaan Allah kerana keredhaan ibu bapa.
4. Kasih sayang kepada keluarga (makan berjemaah).
5. Menjaga kehormatan suami atau isteri. Haram menceritakan keaiban suami atau isteri kepada orang lain kecuali orang yang adil.
6. Pupuk hubungan dengan masyarakat. Menghormati jiran dan pandai menjaga hati orang lain.
7. Menutup aurat. (Bertudung tidak semestinya menutup aurat apabila memakai baju yang ketat, jarang dan Tshirt berlengan pendek).

Jam 3.20 kelas Fardhu ain tamat dan semua beredar ke tingkat atas Masjid untuk Solat Asar berjemaah.

Selesai solat asar sambung lagi kelas Mengaji. Ada lebih kurang 3 kumpulan. Kumpulan ngaji Alquran, Iqro, belajar solat. Aku memilih kumpulan ngaji QURAN lah sebab nak belajar tajwid. Syukur...aku masih ingat lagi hukum2 tajwid yang dah bertahun aku tinggalkan. Tak apalah tidak ada istilah terlewat untuk belajar agama nih. Bila2 masa saja kita boleh belajar sebab apabila kita berkumpul untuk menuntut ilmu agama dapatlah membersihkan hati kita. Insyaallah...minggu depan akan ada lagi hukum2 tajwid yang diperkenalkan.

Untuk hari ini hukum tajwid yang sempat kami belajar:

1. Qolkolah Qubra
2. Qolkolah Sugra
3. Idgham Wajibulgunna
4. Izhar Halqi
5. Ikhfa Hakiki
6. Iqlab
7. Idgham Billagunna
8. Idgham Maalgunna
9. Mat lin
10. Mat Asli
11. Mat Jais

Untuk home work Ustazah pesan agar memperbaiki bacaan Ayatul Kursi dan bacaan2 dalam solat. nanti ustazah akan soal seorang2.


Thursday, April 5, 2012

Latihan Industri untuk Imi - mulai 2 April 2012.


Latihan Industri di Labuan Shipyard Labuan.

Hari pertama ini lapor diri di Labuan Shipyard untuk Latihan Industri diberi taklimat tentang keselamatan dan lokasi kerja.

Hari kedua mereka diajar mengecat. Balik rumah imi dah tersadai dan badan panas. Ingatkan demam risau juga rupanya mereka bekerja di tengah panas matahari. Biasalah bah tu kan. Apabila dah mandi dah solat suhu badan turun.

Hari ketiga diajar pula wiring. Imi suka sebab itulah bidang yang dia ambil. Balik rumah terus main game.

Hari keempat kena mengecat lagi. Imi dah ok. Dah macam biasa. Tapi nampaknya imi dah tak putih melepak lagi. Semuanya merah2 kena bahang matahari.